IMG_3214
Institut Kewangan Islam Profesional Bertauliah ditubuhkan

Date: 6 November 2015
Source: Malaysia Gazette

Institut Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIIF) diwujudkan sebagai satu badan profesional yang bertanggungjawab bagi standard kualiti profesional kewangan Islam.

CIIF merupakan entiti baru yang menggantikan Persatuan Profesional Kewangan Islam Malaysia (ACIFP).

Pelancaran institut itu disempurnakan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.

CIIF dalam kenyataannya berkata, penubuhannya berikutan peningkatan keperluan bagi rujukan global untuk pembangunan bakat profesional yang semakin berkembang di peringkat antarabangsa.

“CIIF akan meneruskan mandat ACIFP yang digariskan dalam Pelan Induk Kewangan Islam 2011-2020 sebagai badan yang bertanggungjawab menetapkan standard kualiti global bagi pendidikan profesional dalam kewangan Islam.

Penerbitan standar dijangka meningkatkan asas keahlian di peringkat dunia. – MalaysiaGazette